Ibu-ibu hendaklah mula membuat persedian untuk menyusukan bayi sejak semasa hamil.  Terdapat banyak cara untuk bersedia, termasuk mendaftar untuk kelas antenatal, dan mempelajari teknik dan posisi yang betul.  Aksesori penyusuan susu ibu seperti pad payudara, pam dan coli penyusuan boleh dibeli selepas trimester kedua anda.
1.2

Membuat Persediaan Menyusukan Bayi

Membuat persediaan untuk menyusukan bayi

  • Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu
  • Pelajari tentang penyusuan susu ibu daripada buku-buku, laman web yang bereputasi baik seperti yang alamatnya berakhir dengan .org, atau .gov. dan laman web yang ditulis oleh panel pakar-pakar.

 

  • Ikuti kelas-kelas antenatal/penyusuan susu ibu
  • Untuk mendapat pengalaman praktikal dan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan terlatih semasa lawatan antenatal.
  • Pelajari teknik yang betul untuk menyusukan bayi.

 

  • Dapatkan sokongan profesional
  • Dapatkan khidmat kaunselor/pakar laktasi. Kajian menunjukkan bahawa nasihat daripada para profesional membantu meningkatkan keyakinan menyusukan bayi, dan meningkatkan peluang kejayaan.

 

  • Pertimbangkan untuk menjadi ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
  • Untuk membolehkan anda berbincang mengenai penyusuan susu ibu bersama ibu-ibu berpengalaman dan mendapatkan bantuan, jika diperlukan. Ini membantu memperkukuhkan pengetahuan dan motivasi.

 

  • Dapatkan sokongan ahli keluarga
  • Selain sokongan suami, adalah penting untuk berbincang dengan ahli keluarga lain seperti ibu, ibu mertua dan adik beradik lain mengenai keputusan anda untuk menyusukan bayi. Mereka memainkan peranan yang besar dalam kejayaan penyusuan susu ibu.

 

  • Bersedia dari segi mental dan bertekad
  • Selagi anda mempunyai keazaman, tiada apa yang boleh menghalang anda daripada memberi bayi anda yang terbaik.

Teknik dan posisi penyusuan susu ibu yang betul

Memilih posisi untuk menyusukan bayi yang paling selesa bagi anda dan bayi anda, dan menguasai teknik yang betul untuk menyusukan bayi merupakan kunci kepada penyusuan susu ibu yang berjaya.

 

  • Pelekapan

 

Penting bagi bayi untuk melekap dengan baik pada payudara kerana ini akan mencegah banyak masalah penyusuan.  Pelekapan yang baik membantu mencegah sebarang kesakitan daripada puting yang sakit, melecet atau merekah.  Ini juga memastikan payudara dapat dikosongkan dengan baik bagi membantu mengekalkan bekalan susu yang mencukupi, yang diperlukan bayi untuk menjadi sihat.

Sekiranya bayi tidak melekap dengan betul, pengaliran susu akan berkurangan.  Ini boleh menyebabkan duktus tersumbat, atau mastitis, jangkitan pada tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan, panas dan merah.

 

  • Untuk memastikan bayi melekap dengan betul:
 breastfeed-1 1. Pegang bayi rapat dengan anda dengan hidungnya sama paras dengan puting anda. Sentuh bibir bayi perlahan-lahan dengan puting anda.  Jika bayi dalam kedudukan yang baik, dia harus sudah berada dekat dengan puting anda.
 breastfeed-3 2. Apabila mulutnya terbuka luas, alihkan kepalanya dengan cepat ke payudara supaya dia dapat memenuhkan mulutnya dengan tisu payudara, dan bukan puting sahaja
 breastfeed-4 3. Puting anda harus mengarah ke lelangit mulut bayi.

 

Posisi menyusukan bayi

 cross-arm 1. Posisi berselang buai

  • Ideal untuk penyusuan awal
  • Posisi yang berguna jika bayi anda kecil atau sakit
  • Ia membolehkan anda mengampu kepala dan tubuh bayi dengan baik, menjadikan ia posisi yang berguna untuk ibu-ibu baharu. Berhati-hati agar kepala bayi tidak dipegang terlalu kuat dan menghalang pergerakan.
 cradle-position 2. Posisi Buaian

  • Sama seperti berselang buai, tetapi anda mengampu bayi menggunakan lengan pada sebelah yang sama anda menyusukan bayi, bukan bertentangan
  • Lengan bawah bayi diletakkan di sisi anda
  • Berhati-hati agar kepala bayi tidak terlalu jauh dari lipatan lengan anda dan payudara tidak tertarik ke sebelah.
 under-arm 3. Posisi kepit atau “football” –

  • Berguna untuk ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan caesarean, atau jika anda mempunyai bayi kembar, payudara yang besar, puting leper atau tenggelam.
  • Posisi ini membolehkan anda melihat pelekapan bayi pada payudara.

Berhati-hati agar bayi tidak membengkokkan leher dan menekan dagunya ke dada.

 lying-down 4. Posisi baring mengiring

  • Pilihan baik apabila anda letih dan membantu anda berehat, terutama jika anda melahirkan bayi melalui pembedahan caesarean.

Berhati-hati agar hidung bayi sama paras dengan puting anda dan dia tidak perlu membengkokkan lehernya untuk mencapai payudara.

Aksesori penyusuan susu ibu dan kegunaannya

Terdapat berbagai-bagai jenis aksesori penyusuan susu ibu.  Berikut adalah senarai aksesori dan kegunaannya.  Ingatlah bahawa bukan semua aksesori ini diperlukan oleh setiap ibu.  Ibu-ibu harus mendapatkan nasihat jururawat / pakar laktasi atau ibu-ibu yang berpengalaman sebelum membuat keputusan untuk membeli barang-barang tersebut..  

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada

  1. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
  2. NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Breastfeed with Confidence. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.