Memulakan pemberian makanan pepejal terlalu awal atau terlalu lambat akan memberi kesan negatif terhadap pengambilan nutrien dan pertumbuhan bayi anda.  Enam bulan merupakan umur yang tepat bagi bayi mula mengambil makanan pepejal dan anda boleh mencapai peralihan yang berjaya, terutamanya jika anda memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut…

  • Tanda-tanda bayi bersedia untuk makan makanan pepejal.
  • Memilih makanan pertama yang sesuai.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu mengikut kehendak

3.1

Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makanan pepejal

Bayi anda sudah bersedia untuk merasa makanan pepejal pertamanya selepas dia mencapai umur 6 bulan.  Kajian menunjukkan bahawa mulai umur 6 bulan, susu sahaja tidak memadai untuk memenuhi keperluan beberapa vitamin dan mineral, contohya, zat besi.

Tambahan pula, tahap perkembangan kebanyakan bayi sudah bersedia untuk makanan lain selain daripada susu mulai umur 6 bulan.

  • Tanda-tanda bayi bersedia untuk makanan pepejal:
  • Boleh mengawal lidahnya serta pergerakan lehernya lebih terkawal
  • Mula membuat pergerakan ‘mengunyah’ atas-bawah
  • Boleh duduk tegak dengan sedikit sokongan
  • Gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya
  • Menunjukkan minat pada apa yang anda sedang makan

 

Buat Turun yang Berguna

Senarai Membeli Belah Bagi Menyediakan Bayi Anda Untuk Makanan Pepejal

 

Makanan pertama bayi

Tidak kisah apakah makanan pepejal pertama bayi anda.

Secara tradisional, satu jenis bijirin diperkenalkan dahulu namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa memperkenalkan makanan pepejal mengikut sesuatu aturan memberi sebarang faedah kepada bayi anda.

Ada yang menyarankan untuk memulakan dengan sayur sebelum buah, namun tiada bukti bahawa bayi anda tidak akan menggemari sayur jika dia mencuba buah dahulu.

  • Anda boleh mulakan dengan memberi bayi anda pelbagai jenis makanan yang kaya dengan tenaga seperti
  • Bijirin : bubur nasi, roti dan lain-lain
  • Ubi-ubian: kentang, keledek, keladi dan lain-lain
  • Lain-lain contoh makanan pertama termasuk
  • Sayur dan buah yang dilecek atau dimasak lembut, seperti karot, epal atau pir, semuanya disejukkan dahulu sebelum waktu makan.
  • Buah-buahan tempatan yang lembut seperti tembikai, pisang yang cukup masak, ciku, buah naga dan betik atau avokado, yang juga dilecek.

 

Mulakan dengan beberapa sudu teh makanan pepejal dan tambahkan kuantitinya secara beransur-ansur.

Jika, pada mulanya, bayi anda tidak berapa gemar untuk mencuba makanan baharu, cuba tambahkan susu ibu ke dalam makanannya untuk membantu dia membiasakan diri dengan rasa makanan tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sejarah alahan dalam keluarga , anda cuba perkenalkan satu jenis makanan baharu pada satu-satu masa dan tunggu beberapa hari (peraturan tunggu sehingga 4 hari) sebelum anda menambahkan satu lagi makanan baharu untuk memastikan bayi tidak mendapat reaksi negatif terhadap setiap jenis makanan.

Jangan lupa untuk terus menyusukan bayi anda mengikut kehendaknya sehingga berumur 2 tahun kerana susu ibu masih kekal sebagai sumber tenaga utamanya.

Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan

Pemberian makanan pepejal hanyalah sesi latihan untuk masa akan datang dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi anda.

Susu ibu kekal sebagai sumber utama bagi tenaga dan nutrien bayi anda apabila dia mula mencuba pelbagai jenis makanan baharu.
Bagi memenuhi keperluan pemakanannya untuk pertumbuhan yang sihat, adalah penting untuk memastikan agar bayi terus mendapat susu ibu secukupnya.

Sebaik-baiknya, penyusuan susu ibu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada

1. MALAYSIA. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
2. MALAYSIA. NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Breastfeed with Confidence. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.