Ibu-ibu, anda bukan bersendirian, bantuan ada di sini.  Terdapat para profesional yang tugas mereka adalah untuk menyokong anda dalam perjalanan penyusuan susu ibu anda, maka anda boleh menghubungi mereka tanpa ragu-ragu.
1.4

Siapakah yang boleh memberi nasihat profesional mengenai penyusuan susu ibu

  • Doktor dan jururawat – dapatkan nasihat mereka jika anda mempunyai kebimbangan mengenai penyusuan susu ibu.
  • Penjagaan postnatal – anda boleh memohon perkhidmatan berikut sekiranya anda perlukan sokongan.
  • Selepas bayi anda dilahirkan dan anda keluar dari hospital (kerajaan/swasta), maklumkan Klinik Kesihatan yang terdekat.
  • Mereka akan menghantar jururawat bertauliah untuk melawat anda di rumah untuk memeriksa anda dan bayi anda.
  • Jururawat tersebut akan membantu memberi bimbingan dan sokongan penyusuan susu ibu, cara mandi dan penjagaan bayi baru lahir.
  • Pakar/Konsultan Laktasi
  • Mereka merupakan orang yang boleh mengajar anda teknik penyusuan yang betul dan berbicara tentang isu-isu dan masalah penyusuan.
  • Organisasi bukan kerajaan (NGO) Penyusuan susu Ibu
  • Cari organisasi seperti World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), satu komuniti global yang memberi maklumat dan tindakan tentang penyusuan susu ibu. Ia juga menawarkan nasihat dan sokongan kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi.
  • Kumpulan sokongan ibu/kumpulan kaunselor
  • Cari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenainya daripada hospital dan profesional kesihatan.  Kumpulan-kumpulan sokongan boleh memberi galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi.

 

Bagaimana keluarga dan rakan-rakan boleh menyokong penyusuan susu ibu.

Di peringkat awal penyusuan, ibu-ibu baharu memerlukan banyak sokongan. Wanita yang mempunyai rakan-rakan yang berjaya menyusukan bayi lebih berkemungkinan akan memilih untuk menyusukan bayinya.  Sebaliknya, sikap negatif keluarga dan rakan-rakan boleh menjadi penghalang kepada penyusuan susu ibu.

Peranan Bapa

Kajian menunjukkan bahawa para bapa mempunyai pengaruh kuat terhadap keputusan ibu untuk memulakan dan meneruskan penyusuan susu ibu.

Ibu-ibu melaporkan kurang rasa bimbang dan terpencil disebabkan kehadiran bapa-bapa yang memperakui dan menyokong keperluan emosi mereka, dan adakalanya dengan hanya “berada bersama” apabila diperlukan.

 

Apa yang para bapa boleh lakukan:

  • Hadir sesi antenatal atau penyusuan susu ibu bersama-sama ibu.
  • Beri sokongan emosi dan sokongan praktikal.
  • Aturkan cuti paterniti.
  • Bantu melakukan kerja-kerja rumah.
  • Pastikan hidangan yang berkhasiat untuk ibu disediakan.
  • Libatkan diri dalam penjagaan bayi, contohnya mandikan bayi, mendodoikan bayi selepas setiap penyusuan.

 

Peranan keluarga

  • Bantu dengan kerja-kerja rumah
  • Jaga bayi supaya ibu dapat berehat, atau ada masa untuk dirinya.
  • Bermain dan memeluk bayi untuk menggalakkan interaksi verbal, fizikal dan emosi.

 

Peranan rakan-rakan

  • Beri sokongan kepada usaha-usaha yang menggalakkan penyusuan susu ibu
  • Berikan bantuan, contohnya membantu membeli barang-barang dapur untuk ibu atau belikan makanan untuknya.
  • Bertimbang rasa apabila keluar berjalan – adakah destinasi anda mesra penyusuan susu ibu?

 

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada

  1. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
  2. NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Breastfeed with Confidence. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.