feeding-header

CARA MUDAH UNTUK MINUM BAGI KANAK-KANAK

Air membantu mengawal suhu badan anak anda, mencegah sembelit dan menyokong pelbagai fungsi penting yang lain bagi tubuh. Kanak-kanak sehingga usia 3 tahun perlu meminum 1 hingga 2 gelas air setiap hari, terutamany jika mereka tidak sihat. Anak anda mungkin tidak mengenali tanda-tanda kehausan, maka anda perlu menggalakkan beliau untuk minum walaupun ketika tidak berasa dahaga.

 

Tip-tip untuk menggalakkan mereka minum dengan lebih kerap

  • Pastikan air mudah didapati oleh anak anda, sebagai contoh, pastikan botol air kegemarannya sentiasa berisi air dan mudah dicapai setiap masa (terutamanya ketika bersiar-siar).
  • Dapatkan botol air atau cawan minuman yang berwarna-warni untuk anak anda. Anda boleh memilih beberapa jenis ketika membeli-belah dan biar beliau memilih kegemarannya.

 

Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, susu ibu mengandungi semua cecair yang diperlukannya. Anda tidak perlu memberi air bersama susu ibu. Air dan makanan tambahan sepatutnya hanya diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas.

Cawan Yang Betul

right-cup

Minum dari cawan juga membantu anak anda berlatih menggerakkan otot lidah dan tekaknya, lalu mempersiapkan beliau untuk belajar mengunyah dan bercakap. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memilih cawan minuman yang betul untuk anak anda.

  • Ciri-ciri inovatif seperti injap yang diaktifkan bibir
  • Penutup pelindung kebersihan
  • Pemegang agar mudah dipegang
  • Berwarna-warni dan menarik
  • Bebas BPA