milk-safety-header

Keselamatan dan Penjagaan Susu

Penyusuan susu ibu adalah cara yang terbaik untuk memberi khasiat kepada bayi, tetapi ramai ibu, terutamanya yang bekerja, mungkin tidak mampu untuk memberikan penyusuan susu ibu sepanjang hari. Memerah susu menggunakan pam membolehkan ibu-ibu ini meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah penjagaan yang baik perlu diambil untuk memastikan susu ibu yang diperah tidak tercemar.

Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan susu ibu sentiasa selamat untuk diminum oleh bayi anda:

Pastikan pam sentiasa bersih

  • Selepas mencuci, bilas semua bahagian dengan air panas untuk menghilangkan sisa sabun.
  • Gunakan air panas dan sabun atau detergen lembut untuk mencuci semua bahagian yang terdedah kepada susu ibu selepas setiap penggunaan.
  • Keringkan bahagian-bahagian yang baru dibersihkan di atas tuala bersih atau rak pengering.
  • Cuci tangan anda dengan sabun dan air suam sebelum dan selepas menggunakan pam.

Pilih bekas simpanan susu yang betul

  • Simpan susu ibu yang diperah di dalam bekas kaca atau plastik keras yang bersih dan mempunyai penutup.
  • Anda juga boleh menggunakan beg plastik khas yang direka untuk menyimpan susu ibu. Walau bagaimanapun, ia tidak sepatutnya digunakan untuk penyimpanan jangka panjang kerana ia mungkin bocor, tumpah atau lebih mudah tercemar berbanding bekas simpanan yang keras.
  • Boleh menghalang kebocoran dan mempunyai penutup yang mudah diputar.
  • 100% bebas BPA.

Label dan simpan susu ibu dengan betul

  • Labelkan semua bekas simpanan atau beg plastik yang disteril yang mengandungi susu ibu dengan tarikh perahan.
  • Sekiranya bayi anda dijaga oleh penjaga yang juga menjaga kanak-kanak lain, tuliskan nama bayi anda dengan jelas pada label tersebut.
  • Anda boleh menyimpan susu ibu di dalam peti sejuk (2-4°C) sehingga 8 hari, atau sehingga 2 minggu di dalam peti sejuk beku

Cairkan susu ibu dengan betul sebelum memberikannya kepada bayi

  • Sentiasa gunakan susu ibu yang paling awal disimpan dahulu.
  • Letakkan bekas simpanan susu ibu di dalam semangkuk air suam untuk mencairkannya dengan cepat.
  • Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro kerana susu ibu yang dipanaskan dengan cara ini boleh menyebabkan mulut bayi melecur.
  • Selepas dicairkan, anda boleh menyimpan susu ibu sehingga 24 jam di dalam peti sejuk.
  • Buang lebihan susu.

Periksa keadaan dan baunya

  • Adakalanya susu ibu mempunyai warna yang berbeza seperti merah dan hijau. Ini selalunya disebabkan oleh kandungan makanan yang anda makan dan termasuk ke dalam susu ibu. Biasanya susu ibu seperti ini selamat untuk diminum. Jika anda ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor atau pakar laktasi.
  • Susu ibu yang kelihatan “berbuih” biasanya disebabkan oleh kehadiran globul lemak di dalam susu tersebut. Ia selamat untuk diminum. Cuma goncang untuk menghilangkan “buih” sebelum diberikan kepada bayi.
  • Susu ibu yang berbau busuk atau mempunyai rasa masam mungkin telah tercemar atau rosak. Anda perlu membuang susu tersebut.

 

Jika anda mempunyai penjaga yang membantu menyimpan dan memberikan susu ibu yang diperah kepada bayi anda, adalah penting untuk beliau mengetahui cara untuk melakukannya dengan betul. Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan terperinci bersama penjaga bayi dan beri arahan yang jelas sekiranya beliau tidak pasti tentang cara-cara yang betul untuk melakukannya.

Mensteril untuk menghapuskan kuman

  • Letakkan pam dan bekas simpanan susu ibu di dalam air panas yang bersuhu 80-100°C selama 5-10 minit.
  • Untuk memudahkan, anda juga boleh menggunakan pensteril stim elektrik 3 dalam 1.
steril

Kelebihan pensteril stim elektrik 3 dalam 1 

  • Saiz yang boleh dilaras
  • Kitaran 6 minit dengan penutup kuasa automatik
  • Membunuh 99.9% kuman yang merbahaya
  • Bebas BPA