more-comfort-header

LEBIH SELESA, LEBIH SUSU

Penyusuan susu ibu adalah cara yang terbaik untuk memberi khasiat kepada bayi anda kerana susu ibu membekalkan semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk bayi anda bagi enam bulan pertama, serta antibodi untuk membantu melindunginya dari jangkitan. Apabila kembali bekerja, anda boleh memerah susu ibu menggunakan pam supaya penjaga bayi anda masih boleh membantu untuk memberi susu kepada bayi anda.

Sesetengah ibu tidak mempunyai masalah untuk menyusukan bayi dan memerah susu ibu, tetapi ada juga yang mendapati mereka hanya dapat menghasilkan susu ibu dalam jumlah yang sedikit. Kajian menunjukkan bahawa tekanan adalah salah satu sebab yang boleh mengurangkan kadar dan jumlah susu ibu yang dikeluarkan ketika menyusukan bayi atau memerah susu ibu.

Oleh itu, adalah penting untuk anda berehat dan bertenang sebelum memulakannya.

Cara mudah untuk mendapatkan mood yang baik

  • Menyusukan bayi di atas kerusi yang selesa
  • Mainkan muzik latar yang menenangkan
  • Minta pasangan mengurut bahu jika anda berasa tidak tenang.
  • Sekiranya anda berasa tertekan, tarik nafas dengan panjang dan tenang, kemudian bayangkan perkara-perkara yang menyenangkan di dalam fikiran anda

 

Mengepam dengan selesa

Satu aspek yang selalu diabaikan tetapi penting bagi keselesaan ibu adalah pam. Penggunaan pam yang betul boleh memberi perbezaan yang besar: ia mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan, menenangkan ibu, lalu meningkatkan penghasilan susu ketika sesi memerah susu ibu. Pertimbangkan perkara-perkara berikut ketika memilih pam:

comfort-image

  • Posisi pengeluaran yang unik dan semula jadi. Pilih pam yang membolehkan anda duduk dengan selesa tanpa perlu tunduk ke hadapan dan meletihkan bahagian belakang badan anda.
  • Kusyen urut yang selesa. Kusyen urut pam dengan pelekapan dan tekstur yang lembut telah terbukti secara klinikal membolehkan pemerahan yang lembut.
  • Memerah tanpa tenaga.Pam elektrik adalah mudah dan menyenangkan untuk kegunaan di rumah dan pejabat.
  • Mudah digunakan.Gunakan pam dengan tetapan ringkas untuk memudahkan proses pemerahan.