confidence-header

Memberi Makan dengan Yakin

Memberi anak anda makan boleh menjadi agak mencabar, namun peralatan makan, pinggan dan mangkuk yang betul boleh menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan untuk anak dan memudahkan anda.

Cara-cara memilih peralatan makan yang sesuai untuk anak anda

  • Pilih sudu dan garfu dengan pemegang yang besar dan bersalut getah. Ia lebih mudah untuk dipegang oleh anak anda.
  • Pilih peralatan makan dengan saiz yang betul.. Banyak peralatan mempunyai cadangan umur pada labelnya, jadi pilihlah yang paling sesuai untuk anak anda.

 

5 panduan untuk memilih pinggan dan mangkuk kanak-kanak

feed-image

  • Tapak anti gelincir atau pelekat di bawahnya. Ia mencegah pinggan dan mangkuk dari terbalik.
  • Ilustrasi yang menarik seperti watak kartun dan rekaan lain yang menyeronokkan. Anda boleh menggunakan ilustrasi ini untuk mencipta cerita yang menggalakkan anak anda untuk memberi perhatian ketika makan. Anda juga boleh menggunakannya untuk sesi bercerita yang berunsur pendidikan.
  • Ruang berlainan di dalam pinggan. Sesetengah kanak-kanak tidak mahu makan apabila makanan yang berbeza bercampur, jadi ruang yang berlainan membantu memastikan makanan tidak bercampur.
  • Bebas BPA. Periksa label untuk memastikan pinggan dan mangkuk bebas dari bahan yang merbahaya ini.
  • Sesuai untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini berguna apabila anda perlu memanaskan makanan anak anda dengan cepat.